Pandangan MATA selalu MENIPU
Pandangan AKAL selalu TERSALAH
Pandangan NAFSU selalu MELULU
Pandangan HATI itu yang HAKIKI
Kes 1:
Ada seorang lelaki tua tinggal di ujung kampung yang bersempadan dengan negara jiran. Tiap hari kejanya ialah mengutip buah kepala muda yang dibelinya dari penduduk di sekitar kampung itu. Dia mengangkut buah kelapa muda itu dengan lori buruk milik nya ke seberang sempadan. Di negara jiran sebelah ada banyak restoran yang akan membeli kelapa muda darinya.
Begitulah berlaku bertahun-tahun.
Apa yang pelik pada Pakcik ni dia ada harta yang banyak. Dia dapat beli lembu kerbau yang banyak dan tanah yang luas. Kira kaya ala kampung lah. Walhal kalau nak dikira pendapatannya dari jual kelapa muda tu boleh cukup untuk makan minum pun kira okeylah. Tapi orang kampung tak ada siapa yang syak apa-apa pun. Mereka bersangka baik, mungkin Pakcik ni dapat duit dari harta pusaka dari keluarganya di kampung lain atau duit kiriman dari anak-anaknya di bandar. Lagipun Pakcik ni bukannya ada tanda-tanda perangai jahat, walaupun bukanlah termasuk kaki masjid. Adalah sesekali orang kampung tengok dia muncul di masjid kalau ada gotong royong atau kenduri-kendara.
Sampailah suatu hari tetiba Pakcik ni ditangkap polis. Orang kampung gempar. Rupanya Pakcik ni ada 'bisnes' lain selain jual buah kelapa muda. Dalam diam rupanya dia menyeludup minyak ke negara jiran. Lori buruknya tu telah diubahsuai untuk menyeludup minyak. Perniagaan buah kelapa muda tu sebenarnya hanya sampingan untuk menutup aktiviti penyeludupan itu.
Nah ..... itulah contoh Pandangan MATA selalu MENIPU ...
Macamana pula dengan pandangan AKAL? .....Sabarlah ....tunggu posting selanjutnya .....hehe
Salsabeel 9 April 2014