Shan’a’ adalah ibu kota Yaman. Pihak sekolah menengah perempuan di kota itu menetapkan dasar adanya pemeriksaan mengejut bagi seluruh pelajar puteri di dalam kelas. Pemeriksaan itu bertujuan merampas barang-barang yang dilarang di bawa ke sekolah, seperti: telefon bimbit yang di lengkapi dengan kamera, foto-foto, surat-surat, alat-alat kecantikan dan lain sebagainya. Pihak sekolah pun melakukan sweeping di seluruh kelas dengan penuh semangat. Mereka keluar kelas, masuk kelas lain. Sementara beg para pelajar puteri terbuka di hadapan mereka. Beg-beg tersebut tidak mengandungi apa-apa melainkan beberapa buku, pen, dan peralatan sekolah lain.
Semua kelas sudah diperiksa, hanya tinggal satu kelas sahaja. Dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar puteri yang menceritakan kisah ini. Apa gerangan yang terjadi?! Seperti biasa, dengan penuh percaya diri pasukan pemeriksa masuk ke dalam kelas. Mereka lantas meminta izin untuk memeriksa beg sekolah para pelajar puteri di sana. Pemeriksaan pun di mulai. Di salah satu sudut kelas ada seorang pelajar puteri yang di kenal sangat tertutup dan pemalu. Dia juga di kenal sebagai seorang pelajar puteri yang berakhlak sopan dan santun. Dia tidak suka bercampur dengan pelajar-pelajar puteri lain. Dia suka menyendiri, padahal dia sangat pintar dan menonjol dalam pelajaran.
Dia memandang pasukan pemeriksa dengan pandangan penuh ketakutan, sementara tangannya berada di dalam beg miliknya! Semakin dekat pula untuk di periksa, semakin nampak raut takut pada wajahnya. Apakah sebenarnya yang disembunyikan pelajar puteri tersebut dalam begnya?! Tidak lama kemudian tibalah giliran untuk di periksa. Dia memegang begnya dengan kuat, seolah berkata,
"Demi Allah kalian tidak boleh membukanya! "
Kini pemeriksa sudah di hadapannya. Petugas itu memberi arahan dengan suara kuat,
“Buka beg kamu!"
Pelajar puteri tersebut memandang pemeriksa dengan pandangan sedih, ia pun kini telah meletakkan begnya dalam pelukan.
"Bagi beg kamu!" pemeriksa mengarahkan lagi.
Pelajar puteri tetap berdegil, lalu menoleh dan menjerit.
"Tidak ... tidak ... tidak .. "
Perdebatan pun berlaku makin rancak.
"Bagi sini beg kamu …!"
"Tidak .."
"Berikan …!"
"Tidak .."
Apakah sebenarnya yang membuat pelajar puteri tersebut menolak untuk dilakukan pemeriksaan pada begnya?! Apa sebenarnya yang ada dalam beg miliknya sampai dia takut diperiksa?! Kekecohan pun terjadi dan tangan mereka saling berebut. Namun beg tersebut masih di pegang erat dan para guru belum berjaya merampas beg dari tangan pelajar puteri tersebut kerana ia memeluknya dengan penuh kegilaan! Spontan sahaja pelajar puteri itu menangis sejadi-jadinya. Pelajar puteri-pelajar puteri lain terkejut. Mereka hairan sangat. Para guru yang mengenalinya sebagai seorang pelajar puteri yang pintar dan disiplin mereka terkejut melihat kejadian tersebut. Buang tebiat ke budak ni?
Tempat itu pun berubah menjadi sunyi senyap. Ya Allah, apa sebenarnya yang berlaku dan apa gerangan yang ada di dalam beg pelajar puteri tersebut . Apakah mungkin pelajar puteri tersebut ....?? Setelah berbincang sekejap, pasukan pemeriksa sepakat untuk membawa pelajar puteri tersebut ke pejabat sekolah. Mereka perhatikan betul-betul pelajar puteri tersebut supaya dia tidak boleh melemparkan sesuatu dari dalam begnya sehingga boleh terlepas begitu saja. Mereka pun membawa pelajar puteri tersebut dengan penjagaan yang ketat dari pasukan dan para guru serta sebahagian pelajar puteri lain.
Pelajar puteri tersebut kini masuk ke bilik pejabat sekolah, sementara air matanya mengalir seperti hujan. Pelajar puteri tersebut memperhatikan orang-orang di sekitarnya dengan penuh kebencian, kerana mereka akan mempermalukannya di depan orang ramai! Karena perilakunya selama satu tahun ini baik dan tidak pernah melakukan kesalahan dan pelanggaran, maka guru besar sekolah menenangkan hadirin dan mengarahkan para pelajar puteri lain bersurai. Dan dengan penuh santun, guru besar sekolah juga memohon agar para guru meninggalkan ruangannya sehingga yang tinggal hanya guru besar dan pasukan pemeriksa saja.
Guru besar sekolah berusaha menenangkan pelajar puteri malang tersebut. Lantas bertanya padanya,
"Apa yang engkau sembunyikan wahai puteriku ..?"
Pelajar puteri tersebut tersentuh dengan suara lembut guru besar sekolah yang baik itu dan membuka begnya!
Detik-detik yang menegangkan. Semua orang teruja.
Ya Allah, apa sebenarnya benda tersebut? Cuba teka!!!
Di dalam beg tersebut tidak ada benda-benda terlarang atau haram, atau telefon bimbit atau foto-foto, demi Allah, itu semua tidak ada!
Tidak ada dalam beg itu melainkan sisa-sisa roti … !!!
Yah, itulah yang ada dalam beg tersebut! Guru besar mengorek maklumat dari pelajar puteri tersebut tentang roti itu.
Setelah merasa tenang, pelajar puteri itu berkata,
"Sisa-sisa roti ini adalah sisa-sisa dari para pelajar puteri yang mereka buang di tanah, lalu aku kumpulkan untuk kemudian aku sarapan dengan sebahagiannya dan membawa bakinya untuk keluargaku. Ibu dan saudari-saudariku di rumah tidak mempunyai sesuatu untuk mereka makan di siang dan malam hari bila aku tidak membawakan untuk mereka sisa-sisa roti ini. Kami adalah keluarga fakir yang tidak mempunyai apa-apa. Kami tidak punya sanak saudara dan tidak ada yang peduli pada kami. Inilah yang membuat aku menolak untuk membuka beg, agar aku tidak dimalukan di hadapan teman-temanku di kelas. Kalau mereka tahu, pasti mereka akan terus menghinaku di sekolah. Aku takut tak tahan dengan hinaan itu lalu berhenti sekolah kerana rasa malu. Maka saya mohon maaf sekali kepada anda semua atas perilaku saya yang tidak sopan"
Saat itu juga semua yang hadir menangis sejadi-jadinya, bahkan tangisan mereka berlangsung lama di hadapan pelajar puteri yang mulia tersebut. Ini adalah satu dari tragedi yang mungkin ada di sekitar kita, samada kita tahu atau tidak atau kita tidak pedulikannya atau tahu tapi berpura-pura tidak mengenal mereka. Kita yang tidak bernasib malang seperti pelajar puteri itu sudahkah BERSYUKUR dengan nikmat yang melimpahi kita? Jom kita fikir-fikirkanlah!!
(Sumber Majalah Islam Antarabangsa Qiblati)