Beranda

Ingat kebaikan orang lain, ingat kejahatan sendiri

Isnin, 7 April 2014

FORMAT ANDROID

Assalamualaikum semua..

Saya nak kongsikan sedikit tips ...
Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android

Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yang membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). Juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset.

Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMS, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yang diformat sama seperti baru keluar kilang

Mengapa dan siapa yang perlu membuat format ?

1. Pengguna yang mempunyai masalah Android yang agak perlahan secara tiba-tiba dan  tidak pasti apa sebabnya.

2. Kemaskini / upgrade OS baru tetapi tak melakukan format sistem

Nota : Selepas melakukan proses upgrade kepada OS baru terdapat data sementara yang tidak serasi dengan persekitaran baru. Contohnya Android 2.3 telah berjaya dikemaskini kepada Android 4.0, tetapi berlaku masalah seperti Force Close atau kegagalan melancarkan aplikasi. 

3. Masalah BootLoop, animasi berulang pada logo dan gagal masuk ke Homescreen

4. Terlupa katakunci (password) atau pattern) dan kerap Force Close

Nota: Data sementara (temporary system files / Dalvik Cache) yg dicipta semasa persekitran Android 2.3 mungkin tidak lagi sesuai utk persekitaran baru Android 4.0, inilah antara punca utama penyebab Force Close. Fail sistem sementara ini perlu dibuang untuk kestabilan OS Untuk membuang data sistem

UNTUK MODEL SAMSUNG

1. Tutup telefon sepenuhnya
2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang On/Off ,
3. Dengan masih menahan butang On/Off , tekan butang Home bersamaan dengan butang volume.
4. Tunggu sehingga logo  SAMSUNG muncul pada skrin,
5. Apabila logo muncul lepaskan kesemua butang. Android akan masuk ke sistem dengan latar belakang gambar Android (manusia robot)
6. Gunakan butang  berikut ini sebagai navigasi menu: Volume(+) = Atas ; Volume(-)=Bawah ; Home=Laksana arahan
7. Pilih Wipe Data / Factory Reset
8. Selesai dan mulakan Android seperti biasa

Samsung menggunakan Android System Recovery 

Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android. 

PENTING !!

Factory Reset berbeza-beza mengikut model. Pengguna boleh merujuk buku manual atau membuat semakan google atau pada laman web Hard Reset.com mengikut model masing-masing.

Akibat terlupa corak  pattern saya kene format balik fon samsung nie...Alhamdullillah tak ada problem  yang berlaku selepas format balik fon samsung nie..

Walaupun ditimpa masaalah..saya dapat ilmu baru..

Semua yang berlaku ada hikmahnya..

So..jangan sedih-sedih perkara baik atau buruk yang berlaku.  Pasti ada hikmahnya..

Terpulang pada kita untuk mencari dan menilai ..wallahu a'lam

Kepada sesiapa yang boleh share dengan saya untuk masalah skrin retak dialu-alukan. ..

NIKMATNYA!!!

Assalamualaikum w.b.t…

Salam kasih sayang dan perpaduan buat semua teman-teman  …

Alhamdullillah….

Dalam kehidupan yang pelbagai ini..

Kulihat banyak pengajaran…

Subhanallah…

Betapa hebatnya kekuasaan Tuhan…

Baru-baru ni aku membaca buku karya seorang icon dunia..

Banyak input berguna yg boleh dipraktikkan…

Di situ ada menceritakan betapa hebatnya budaya memberi…

Memberi bukan menerima…

Betapa bahagianya memberi rupanya…

Kita selalu memberi alasan tak mampu memberi…

Sebab tak punya apa-apa…

Cuba kita nilai kembali…

Cuba kita renungi…  

Bukan wang ringgit saja menjadi nilaian harta yang mampu kita salurkan…

Banyak lagi…memang manusia selalu menyempitkan fikirannnya…

Bantuan daripada segi keringat dan pertolongan juga sudah memadai…

Jika kita memberi senyuman pada teman yg dalam kesusahan jua sudah memadai ...

Siapa tahu, dengan izin Allah….dengan memberi senyuman itu mampu membahagiakan orang lain…

Wah, hebatnya memberi…

Memberi harta keranaNya dan ke jalanNya..

Pasti menggembirakan…

Kita bukan kehabisan harta…malahan semakin bertambah..

Semakin banyak kita salurkan bantuan untuk agama tercinta, makin berkat rezeki kita…

Memberi nasihat jua membawa seribu kebaikan yang kadang-kadang tak terfikir oleh akal yang terbatas…     

Nikmatnya memberi ....

Sabtu, 5 April 2014

Ipoh

Tempat jatuh pun dikenang.  Inikan pula tempat bermain, sedih dan gembira.  Ipoh ....zikrayati ...

6 White Things Ipoh's Old Town Is Most Famous For http://bit.ly/1je4JY8

Jom perangi rokok

[GEMPAR] 2014 diisytiharkan tahun perangi rokok haram di Malaysia. http://bit.ly/1hLiJZG

RENDEZVOUS CINTA

Solat adalah pertemuan atau rendezvous cinta antara makhluk dan Khaliq.  Hamba meluahkan cinta kepada Yang Maha Pencipta. Siapa yang menghayatinya beruntunglah dia. Namun, siapa yang melalaikannya sesungguhnya dia lebih teruk dari syaitan.https://www.facebook.com/photo.php?v=1389578954654900

Khamis, 3 April 2014

SUKA VS BENCI

Susahnya buat orang SUKA. Buat baik, ada saja tak kena.  Niat baik saja tak cukup.  Benda yang dibuat, cara yang diguna, utamakan yang wajib dan hasil perbuatan itu kena dijaga supaya benar-benar menepati kehendak Allah. Kalau dah penuhi semua syarat ibadah tu orang tak suka juga biar sajalah. Yang penting ALLAH SUKA.

Mudahnya buat orang benci.  Tak buat apapun orang benci. Setiap nikmat ada saja yang hasad dengki. Biarlah orang benci, jangan kita membenci.  Sabarlah dengan yang hasad dengki, jangan kita yang dengki. Sucikan hati dari sifat-sifat keji. Kita tak akan rugi.

TONTON DAN TUNTUN

Menonton filem,  drama atau apa-apa persembahan selalunya untuk mencari keseronokan. Kalau diniatkan dengan betul dan syarat-syarat syariatnya dipenuhi ia dapat menjadi ibadah. Hasilnya bukan saja menghiburlan tapi juga memberi panduan atau tuntunan hidup. Ertinya TONTONAN dapat menjadi TUNTUNAN.

Bila menonton gunalah hati yang bersih supaya dapat mengambil iktibar atau pengajaran dari tontonan itu.
Berhihur itu tidak salah. Yang salah bila kita salah dalam memilih hiburan dan tidak mengambil manfaat dari hiburan itu.

Salsabeel,  3 April 2014

Aku Cinta Padamu

“CINTA adalah anugerah Allah, salah satu perasaan yang baik dalam hati manusia. Mencintai adalah merasakan bahawa yang kita cinta itu seolah-olah sempurna, kerana kekuatan cinta mampu membuatkan kita menerima dan memaafkan kecacatan apa yang kita cintai itu. Tuhan adalah Yang Maha Sempurna. Oleh kerana itu Cinta yang paling hakiki dan paling Agung adalah Cinta Tuhan.

Manusia tak sempurna, tapi manusia juga memerlukan cinta: mencintai dan dicintai. Oleh kerana itu Cinta bukan hanya mencari sesuatu yang sempurna tapi bagaimana mencintai sesuatu yang tak sempurna dengan baik dan tepat sesuai kehendak Tuhan”


Langit Kuala Lumpur cukup cerah, namun suasana jalan Ampang nampak membosankan. Betapa tidak, kesesakan selama berjam-jam terpaksa dilalui oleh para pengguna jalan raya.
Dalam sebuah kereta biru, duduk dengan tenang Bonda yang sedang dalam perjalanan balik dari ibu kota menuju rumahnya. Di sebelahnya, tepatnya di belakang stereng, duduk Nurul, seorang remaja puteri yang begitu setia sebagai pemandu Bonda. Mereka tiba-tiba dikejutkan oleh sebuah panggilan talipon, Bonda segera membuka comunicatornya.

“Aku nak mati! Aku nak mati! Aku nak bunuh diri je!” Pekik suara pemanggil menjerit ....

.... teruskan membaca: