Beranda

Ingat kebaikan orang lain, ingat kejahatan sendiri

Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Khamis, 3 April 2014

SUKA VS BENCI

Susahnya buat orang SUKA. Buat baik, ada saja tak kena.  Niat baik saja tak cukup.  Benda yang dibuat, cara yang diguna, utamakan yang wajib dan hasil perbuatan itu kena dijaga supaya benar-benar menepati kehendak Allah. Kalau dah penuhi semua syarat ibadah tu orang tak suka juga biar sajalah. Yang penting ALLAH SUKA.

Mudahnya buat orang benci.  Tak buat apapun orang benci. Setiap nikmat ada saja yang hasad dengki. Biarlah orang benci, jangan kita membenci.  Sabarlah dengan yang hasad dengki, jangan kita yang dengki. Sucikan hati dari sifat-sifat keji. Kita tak akan rugi.

Sabtu, 29 Mac 2014

SALSABEEL

Salsabeel. Nama sebuah telaga di Syurga.  Menyebut dan mengenalinya moga menimbulkan kerinduan padanya. Dan merindukannya moga menjadi doa. Salsabeel itu Allah sediakan untuk orang-orang soleh para ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda:

"Menyebut nama orang soleh mendatangkan rahmat"

Semoga dengan menyebut dan merindukan orang soleh dan segala yang berkaitan dengannya akan mendatangkan rahmat dan mendorong kita untuk menjadi orang soleh juga dan bersedia untuknya. Berjuang dan bermujahadah untuk mencapainya.

Langkah yang pertama ialah Mari kita KENAL Allah dengan ilmu yang tepat. Bila dah kenal moga kita akan jatuh CINTA. Bila dah cinta maka kita akan TAKUT pada-Nya.