Salam
Saya suka sangat makan chocolate ...teringat masa buat amali di Yomie Bakery di Bangi...masahaAllah kesedapan semua kek yang Cik Yong buatkan lidah tak terkata.
Sebelum terleka dengan kesedapan kek-kek di Yomie Bakery, saya nak share resepi yang mudah namun hasilnya marvellous! ! Yummy ..
Ni resepi nya..kek MOIST CHOCOLATE LAVA CAKE.
Saya pun agak-agak je sebab salin resepi dekat atas angin
Resepi ni kalau pakai tart foil tu dapat 4 biji, kalau pakai bekas ramekin maybe dapat 2-3.
Masa first time buat saya pakai tart foil, masa second time saya pakai bekas loyang kecil sangat ala-ala ramekin lah juga..
Bahan-bahan
a. 150gm dark chocolate (saya pakai van houten baking chocolate)
b. 80gm salted butter (saya pakai anchor)
c. 3 biji telur (jangan lupa telurnya dibasuh hingga suci dan bersih dari najis ... baru boleh dilabel standard halal)
Hati yang bersih itu ditempa makanan yang halal.
d. 2 sudu gula kastor (saya tak suka manis sangat)
e. 1/2 sudu teh esen vanilla
f. 1 sudu tepung gandum
g. 1 sudu serbuk koko
Cara-cara
1. Panaskan oven 180 darjah.
Cairkan butter & dark choc secara double boil. Double boil ni masak atas air supaya tak direct kena api. Pakai periuk rebus air. Letak choc yang dah dipotong kecil-kecil dalam periuk yang lebih kecil. Periuk kecil itu letak atas air yang sedang dipanaskan itu. Bila dah ah cair biarkan choc itu sejuk.
2. Pukul telur, gula & esen dengan mixer.
3. Masukkan choc cair tadi sedikit demi sedikit sambil pukul. Jangan masukkan choc ketika masih panas, nanti jadi telur dadar masak choc ... hahaha.
4. Masukkan tepung & serbuk koko, kacau sehingga sebati.
5. Griskan bekas dengan butter dan masukkan adunan sehingga 3/4 penuh bekas tu.
6. Bakar dalam oven selama 13-15 min. Kalau bekas kecik 13 min je. Kalau lama nanti lava tu jadi kek sekali.
Okey ... dah siap! Boleh terbalikkan kek tu atas piring & hias dengan krim atau aiskrim.
Terima kasih Cik Yoong untuk ilmu dan resepi yang sangat marvellous nie..
Selamat mencuba!!! Jangan lupe ya semua telor ayam DiWAJIBkan basuh suci dan bersih dari najisnya....barulah kek yang kita buat menjadi .... the best cake ever!
Hati yang bersih itu ditempa oleh Makanan yang halal..
Salsabeel nama sebuah telaga di syurga. Menghilangkan haus dahaga, melegakan penat, merehatkan jiwa dan raga. Menyebutnya moga menjadi doa. Mungkinkan kita direzkikan ke sana?
Isnin, 7 April 2014
RESEPI MOIST CHOCOLATE LAVA CAKE
FORMAT ANDROID
Assalamualaikum semua..
Saya nak kongsikan sedikit tips ...
Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android
Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yang membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). Juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset.
Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMS, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yang diformat sama seperti baru keluar kilang
Mengapa dan siapa yang perlu membuat format ?
1. Pengguna yang mempunyai masalah Android yang agak perlahan secara tiba-tiba dan tidak pasti apa sebabnya.
2. Kemaskini / upgrade OS baru tetapi tak melakukan format sistem
Nota : Selepas melakukan proses upgrade kepada OS baru terdapat data sementara yang tidak serasi dengan persekitaran baru. Contohnya Android 2.3 telah berjaya dikemaskini kepada Android 4.0, tetapi berlaku masalah seperti Force Close atau kegagalan melancarkan aplikasi.
3. Masalah BootLoop, animasi berulang pada logo dan gagal masuk ke Homescreen
4. Terlupa katakunci (password) atau pattern) dan kerap Force Close
Nota: Data sementara (temporary system files / Dalvik Cache) yg dicipta semasa persekitran Android 2.3 mungkin tidak lagi sesuai utk persekitaran baru Android 4.0, inilah antara punca utama penyebab Force Close. Fail sistem sementara ini perlu dibuang untuk kestabilan OS Untuk membuang data sistem
UNTUK MODEL SAMSUNG
1. Tutup telefon sepenuhnya
2. Tekan dan tahan (tap & hold) butang On/Off ,
3. Dengan masih menahan butang On/Off , tekan butang Home bersamaan dengan butang volume.
4. Tunggu sehingga logo SAMSUNG muncul pada skrin,
5. Apabila logo muncul lepaskan kesemua butang. Android akan masuk ke sistem dengan latar belakang gambar Android (manusia robot)
6. Gunakan butang berikut ini sebagai navigasi menu: Volume(+) = Atas ; Volume(-)=Bawah ; Home=Laksana arahan
7. Pilih Wipe Data / Factory Reset
8. Selesai dan mulakan Android seperti biasa
Samsung menggunakan Android System Recovery
Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android.
PENTING !!
Factory Reset berbeza-beza mengikut model. Pengguna boleh merujuk buku manual atau membuat semakan google atau pada laman web Hard Reset.com mengikut model masing-masing.
Akibat terlupa corak pattern saya kene format balik fon samsung nie...Alhamdullillah tak ada problem yang berlaku selepas format balik fon samsung nie..
Walaupun ditimpa masaalah..saya dapat ilmu baru..
Semua yang berlaku ada hikmahnya..
So..jangan sedih-sedih perkara baik atau buruk yang berlaku. Pasti ada hikmahnya..
Terpulang pada kita untuk mencari dan menilai ..wallahu a'lam
Kepada sesiapa yang boleh share dengan saya untuk masalah skrin retak dialu-alukan. ..
NIKMATNYA!!!
Assalamualaikum w.b.t…
Salam kasih sayang dan perpaduan buat semua teman-teman …
Alhamdullillah….
Dalam kehidupan yang pelbagai ini..
Kulihat banyak pengajaran…
Subhanallah…
Betapa hebatnya kekuasaan Tuhan…
Baru-baru ni aku membaca buku karya seorang icon dunia..
Banyak input berguna yg boleh dipraktikkan…
Di situ ada menceritakan betapa hebatnya budaya memberi…
Memberi bukan menerima…
Betapa bahagianya memberi rupanya…
Kita selalu memberi alasan tak mampu memberi…
Sebab tak punya apa-apa…
Cuba kita nilai kembali…
Cuba kita renungi…
Bukan wang ringgit saja menjadi nilaian harta yang mampu kita salurkan…
Banyak lagi…memang manusia selalu menyempitkan fikirannnya…
Bantuan daripada segi keringat dan pertolongan juga sudah memadai…
Jika kita memberi senyuman pada teman yg dalam kesusahan jua sudah memadai ...
Siapa tahu, dengan izin Allah….dengan memberi senyuman itu mampu membahagiakan orang lain…
Wah, hebatnya memberi…
Memberi harta keranaNya dan ke jalanNya..
Pasti menggembirakan…
Kita bukan kehabisan harta…malahan semakin bertambah..
Semakin banyak kita salurkan bantuan untuk agama tercinta, makin berkat rezeki kita…
Memberi nasihat jua membawa seribu kebaikan yang kadang-kadang tak terfikir oleh akal yang terbatas…
Nikmatnya memberi ....