Wak Jamal beli kereta baru! Heboh satu kampung. Apa tidaknya, Wak Jamal yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tu tiba-tiba bawa balik kereta baru. Hampir tiap hari pula keluar rumah. Van buruk yang selama ini dia guna untuk menjaja ikan dan sayur pun dah tak ada. Agaknya dah dijual. Dia pun dah berhenti berniaga. Yang orang nampak, tiap hari dia keluar rumah. Awal-awal pagi pula tu, lewat malam baru balik. Tiap hari Rabu bawa Mak Limah, isteri dia yang dah lama berkurung di rumah kerana sakit. Berubahnya hidup Wak Jamal! Dan fenomena itu telah menimbulkan kontroversi di kampung itu.
Ada juga orang kampung yang bersangka baik, mungkin Wak Jamal baru dapat pembahagian duit pusaka, tiba-tiba jadi kaya. Tapi ramainya orang yang berjahat sangka, Wak Jamal buat bisnes baru jual dadah atau skim cepat kaya. Yang lebih ramai lagi orang kampung yang tak peduli, tak kisah, tak ambil port. Dalam ramai-ramai orang kampung tu adalah seorang tu yang terlebih caring and daring alias busy body, namanya Ucop. Nasib baiklah dia jenis yang faham syariàt sikit, tahu bahwa mengumpat dan memfitnah itu dosa. Dia sangat perihatin di kampungnya dosa umpat dan fitnah tentang fenomena Wak Jamal telah merebak dengan meriahnya. Maka Ucop pun bercadang nak jumpa dan tanya Wak Jamal directly supaya dapat jawaban tepat, sahib and accurate. Tapi dia tak nak jumpa seorang, kena bawa saksi yang jujur and dipercayai ramai. Dipilihnya Tok Imam sebagai saksi.
''Apa yang kau bersungguh nak pergi jumpa Wak Jamal ni, Ucop? Sebelum ni tak pernah pun engkau kisah dengan orang tua tu,'' tanya Tok Imam.
''Saya cuma kesiankan Wak Jamal dan kampung ini Tok. Dah merata umpat dan fitnah pasal Wak Jamal di kampung ni. Saya takut dosa-dosa ni mengundang bala dan menghilangkan keberkatan kampung ni. Arwah ayah saya cakap, kita kena jaga perpaduan, kasih sayang warga kampung supaya keberkatan kampung ini terjaga. Keberkatan ni penting supaya semua warga kampung dapat hidup aman damai, makmur terhindar dari bala bencana," Ucop bersyarah panjang lebar. Tok Imam tersenyum kambing.
"Budak ni nyindir aku ke ni? Patut ini kan kerja aku. Apasal aku tak tahu yang umpat fitnah tentang Wak Jamal tersebar di kampung ni? Macamana aku boleh tak perasan benda ni," kata Tok Imam dalam hati.
"Apa fitnah yang tersebar tu?" Tok Imam cuba maintain cool.
"Tak lah Tok tak perasan? Wak Jamal tu kan tetiba je jadi OKB, beli kereta baru, sering keluar pula tu! Orang kampung dah sangka macam-macam. Ada yang kata Wak Jamal memang lottery, jual dadah, skim cepat kaya, bela toyol dan lain-lain. Biasalah .... Syaitan seronok nak pecah belahkan kita Tok," Ucop bersemangat.
"Lha ..... pasal tu ke? Cepatnya korang buat DOSA KERING!"
"Dosa kering? Apa benda tu Tok?" Ucop hairan.
"Duduk diam-diam, bersangka jahat dengan orang, tak dapat faedah apapun, yang pasti dapatlah dosa. Itu dosa kering namanya." Jawab Tok Imam selamba. Kemudian dia cakap lagi,
"Wak Jamal tu bukanlah dah jadi orang kaya baru. Takat pakai kereta Proton Saga bayar bulanan 300 ringgit, bukan kereta mewah pun. Hai .... Kamu ni suka sangat melebih-lebihkan,"
"Aiik ... Tok tahu harga kereta Wak Jamal tu? Apa cerita sebenarnya?" Ucop pula terminat cerita Tok Imam.
"Macamana pula aku tak tau. Akulah guarantor pinjaman kereta Wak Jamal tu. Hasil mesyuarat AJK masjid, itulah cara kami nak tolong Wak Jamal. Van buruk tu trade in dengan Saga sebagai bayaran down payment. Senanglah dia nak ulang-alik bahwa isteri dia ke hospital. Mak Limah tu kan kena dialisis tiap hari Rabu,"
"Ooooo .... jadi Wak Jamal bawa Mak Limah ke hospital tiap minggu untuk buat rawatan.... Ingatkan pergi jalan-jalan makan angin ....,"
"Kamu ni ...tak sensitive langsung dengan jiran tetangga yang sakit. Tahu nak mengumpat je," Tok Imam bagi sebijik tamparan kata pada Ucop. Kini Ucop pula yang tersenyum kambing.
"Habis ... yang keluar awal pagi balik lewat malam tu, Wak Jamal buat apa Tok?" alang-alang dah terugkap fakta, Ucop makin nak tahu pasal kisah sebenar Wak Jamal.
"Ya Allah .... Itupun kamu tak tahu? Apa kamu buat pagi-pagi? Kamu solat Subuh ke tidak ni?" Tok Imam meninggi suara. Ucop merah pipi, terkulat-kulat tak reti nak jawab.
"Awal pagi Wak Jamal pergi masjid lah. Dia antara AJK masjid paling rajin tau. Dialah tukang bentang kain saf putih kat masjid tu. Mak Limah pula yang jahit dan cuci. Lepas Subuh dia pergi mengedar produk-produk makanan yang ada di kedai koperasi masjid tu. Itulah hasil usaha ibu-ibu tunggal sekitar qariah masjid kita ni. Kamu tak pernah tengok ke? Kamu tak pernah solat Jum'at kat masjid kita ni ke?" Penampar kata Tok Imam makin kuat. Tapi Ucop terpaksa terima je dengan senyum kelat.
"Ooooo" membulat bibir Ucop.
"Dia pergi awal pagi balik lewat malam tu sebab mengedar jauh sikit, lebih lah sikit jualan. Bolehlah tampung keperluan rumah dan bayaran bulanan kereta tu. Kamu pula bila nak pakai kereta. Tak kan nak pakai motor cabuk ni sampai tua," kata Tok Imam sambil tersenyum.
"Ala Tok, gaji saya mana cukup nak beli kereta. Kerja bengkel motor tu berapalah sangat gaji ..." Ucop merendah.
"Gaji sikit asal halal dan berkat. Jangan gelojoh sangat. Haritu aku dengar kawan kamu dah kena tangkap sebab jadi tukang modified motor curi, betul ke?"
"Bbbukan .... Bukan kawan saya lah Tok," Ucop tergagap.
"Apasal kamu gelabah. Kamu jangan terlibat sudahlah. Kalau kamu terlibat geng curi motor tu DOSA BASAH pula kamu dapat!"
"Dosa BASAH? Apa pula tu Tok?
"Dosa curi, rompak, lanun, rasuah, tipu, peras dan lain-lain perbuatan yang kamu dapat untung tapi dapat dosa juga. Itulah dosa basah."
"Apa beza dosa BASAH dan dosa KERING tu Tok?, tanya Ucop.
"Sama je. Tapi lagi bodohlah orang yang suka buat dosa kering. Tak dapat untung apa tapi dosa dah jelas dapat. Bagaimanapun kita janganlah buat apa-apa jenis dosa pun, sebab semuanya akan dibalas di dunia dan di neraka. Kalau dah terbuat, cepat-cepatlah mohon ampun pada Allah dan mohon maaf kepada orang yang dah jadi mangsa kejahatan kita."
"Baiklah Tok, saya nak jumpa Wak Jamal nak minta maaf pada dia. InsyaAllah nanti saya nak jumpa juga dengan orang kampung yang aktif sebagai ejen-ejen dosa BASAH dan dosa KERING ni untuk hentikan semua kontroversi Wak Jamal ni"
"Baguslah tu! Mudah-mudahan mereka juga terus berhenti jadi ejen free syaitan ni. Mana mereka melepak?"
"Biasalah ... Mereka lepak kat kedai makan. Buat dosa KERING sebab mengumpat dan memfitnah, buat dosa BASAH sebab layan bola sampai tak solat Subuh," jawab Ucop sambil tersengih.
"Alhamdulillah ... Moga misi kamu berjaya Cop. Aku doakan"
"Terima kasih Tok," mereka pun bersurai.
Hurmmmmm ..... Kisah Wak Jamal yang menginsafkan. Moga-moga kita semua dapat manfaat dan pengajaran.
What does this story teach us? We shouldn't make assumptions about the things people go through without having done it ourselves. And don't make WET AND DRY SINS .....hehehe.
Salsabeel, 20 Jun 2014